Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng perkasa kedaulatan, keselamatan negara

Op Benteng perkasa kedaulatan, keselamatan negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Penubuhan National Task Force (NTF) yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kolaborasi bersama agensi penguatkuasaan lain adalah kesinambungan operasi-operasi kawalan sempadan dalam mencegah kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) yang melalui sempadan negara.

ATM sebagai penyelaras operasi bersepadu yang dikenali sebagai Operasi (Op) Benteng bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi keselamatan lain adalah bagi mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi PATI untuk mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19 yang dikuartiri dibawa oleh PATI berkenaan.

Ia turut membabitkan agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain seperti Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen Malaysia, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Komander NTF, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan Abdullah berkata, NTF ditugaskan untuk menyelaraskan operasi keselamatan dan penguatkuasaan yang melibatkan semua agensi kerajaan secara bersepadu.

“Tujuan utama penubuhan NTF adalah bagi memastikan supaya operasi bersepadu ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan semua aset yang ada di dalam semua agensi keselamatan serta penggunaan sumber manusia terutamanya keupayaan perisikan untuk melaksanakan misi dengan lebih baik dan berkesan,

“Pemilihan ATM sebagai peneraju pasukan ini adalah berdasarkan ancaman yang kita hadapai dan keupayaan serta kapasiti sesuatu organisasi yang mampu mengawal di tiga pemukaan iaitu darat, laut dan udara,

“Melalui Op Benteng, kerajaan telah melaksanakan peperangan dalam menentang penularan wabak COVID-19 dengan cemerlang. Dengan pemulihan ekonomi negara yang jauh lebih baik berbanding negara lain, ia menjadi salah satu tarikan bagi PATI di sekeliling untuk datang ke Malaysia,

“Jadi Op Benteng ini dilaksana adalah untuk menghalang dan menutup segala laluan bagi mempastikan tiada kemasukan PATI dapat melepasinya terutama di lorong-lorong tikus,” katanya dalam satu temu bual khas di ibu pejabat NTF baru-baru ini.

Aris berkata, sepanjang pelaksanaan OP Benteng, NTF telah mengenal pasti lebih kurang 500 titik panas laluan yang menjadi pilihan PATI untuk membolosi sempadan negara.

“Statistik yang kita (NTF) perlolehi dari Assigned Commander di Semenanjung, Sabah dan Sarawak tidak kurang dari 500 laluan hot spot yang telah dikesan,

“Manakala untuk laluan maritim pula, terdapat beberapa lokasi panas yang menjadi fokus kemasukan PATI iaitu di Pulau Langkawi, Kedah; Kuala Selangor, Selangor; Tanjung Piai dan tenggara Johor,

“NTF mempunyai anggota yang bertugas 24 jam setiap hari di kawasan-kawasan tersebut,

“Dan tidak kurang dari 10,000 anggota dari semua agensi ini sentiasa meneruskan tugas memantau dan mengawal bagi memastikan sempadan negara terjaga dan terpelihara,” ujarnya.

Beliau berkata, NTF akan sentiasa berusaha untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam aktiviti rentas sempadan ini agar Malaysia bebas dari warga asing.

“Kami akan sentiasa berusaha untuk mengenal pasti segala anasir yang terlibat dalam aktiviti ini termasuk ejen, pengusaha pengangkutan, tekong, dalang, petualang akan kami jejaki mereka,

“Tanggungjawab untuk mempertahankan negara bukan hanya digalas oleh pasukan keselamatan, namun ianya juga adalah tanggungjawab semua masyarakat, netizen dan peringkat rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,” tambahnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply