Home Semasa Semua aktiviti masjid dan surau dibenarkan

Semua aktiviti masjid dan surau dibenarkan

by Fatini Hanis Norzali

PUTRAJAYA, 19 Jun – Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah mengeluarkan Standard Operation Procedure (SOP) untuk semua aktiviti masjid dan surau kecuali di kawasan yang diisytiharkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

MKN berkata, semua masjid dan surau harus mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah.

“Semua masjid dan surau mestilah kerap melakukan sanitasi di ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wudhu’,

“Pengurusan masjid hendaklah membuat penandaan jarak antara jemaah sekurang-kurangnya 1 meter serta melakukan penjarakkan sosial di dalam mahupun di luar kawasan masjid,

“Jemaah diminta untuk mengikut giliran dan beratur semasa ingin masuk atau keluar masjid serta menjaga penjarakan yang terkawal,” tegasnya dalam satu kenyataan.

MKN juga menegaskan bahawa kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid dan surau.

“Jemaah juga harus membawa peralatan solat sendiri seperti telekung dan sejadah serta elakkan aktiviti bersalaman ketika di dalam atau di luar masjid,”

“Untuk aktiviti Majlis Ilmu, hanya Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh sahaja dibenarkan dengan syarat mengamalkan jarak sosial,” ujarnya.

Antara aktiviti yang masih dilarang dilakukan di masjid dan surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) adalah seperti kenduri, gotong-royong dan seumpamanya.

MKN menasihatkan orang awam agar bersedia dan mempraktikkan amalan kebiasaan baharu bersama SOP yang telah digariskan.

Related Articles

Leave a Reply