Home Semasa Tiada sebarang upacara sambutan sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah

Tiada sebarang upacara sambutan sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah

by Khairunnisa Suhairi

Kedah, 17 Jun – Kerajaan Negeri Kedah telah memutuskan tiada sebarang acara serta sambutan akan diadakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Ke-78 pada 21 Jun ini (Ahad).

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, hal ini berikutan penularan wabak covid 19 yang melanda negara serta bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa bermula 10 jun hingga 31 ogos 2020.

“Walau bagaimanapun, majlis bacaan Yassin di masjid dan surau seluruh Negeri Kedah adalah dibenarkan tertakluk kepada had Jemaah yang ditetapkan selaras dengan titah perkenan Tuanku Sultan Kedah berhubung pembukaan semula masjid dan surau dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP,

“Majlis bacaan Yassin boleh diadakan pada 18 Jun ini, hari khamis selepas solat maghrib sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku Sultan Kedah ke-78,

“Selain itu, para Jemaah yang hadir ke majlis perlu mematuhi arahan PKPP yang berkuatkuasa  serta tiada sebarang bentuk keraian dan jamuan dibenarkan”, jelasnya dalam satu kenyataan

Tambahnya, jemaah juga digalakkan untuk mengadakan bacaan Yassin sempena Sambutan hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah di rumah masing-masing sekiranya tidak berkesempatan untuk hadir ke masjid atau surau.

Related Articles

Leave a Reply