Home SemasaGlobal HSBC akan terima balasan akibat sekatan British terhadap Huawei

HSBC akan terima balasan akibat sekatan British terhadap Huawei

by M.Daim

LONDON, 7 Jun – Pengerusi HSBC Holdings Plc, Mark Tucker menyuarakan kebimbangan beliau akan tindak balas China terhadap bank itu selepas London berusaha untuk menyekat penglibatan Huawei dalam pembangunan fasiliti 5G di Britain.

Tucker dilaporkan menyuarakan kebimbangan beliau kepada penasihat Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.

Menurut media Britain, The Telegraph yang memetik sumber dalaman berkata, Tucker sedang melakukan perbincangan dengan pihak pejabat PM Britain berhubung isu Huawei semenjak beberapa minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Britain, Tom Tugendhat menegaskan China mempergunakan saluran perdagangan untuk menekan mana-mana negara yang cuba menyekat Huawei.

“Secara jelas, Beijing telah menekan mana-mana entiti perdagangan berhubung isu Huawei. Ini secara tidak langsung menunjukkan China mempunyai kepentingan dalam Huawei,” kata Tom yang dipetik oleh Telegraph.

Pada masa yang sama, beliau turut mengutuk tindakan HSBC yang menyokong Beijing dalam pelaksanaan undang-undang di Hong Kong.

Terdahulu, Boris Johnson menyatakan kemungkinan pihaknya akan menolak keluar Huawei dari senarai kontraktor yang terlibat dalam pembangunan saluran komunikasi 5G di Britain. – AirTimes.my

Related Articles

Leave a Reply