Home Pertahanan dan Keselamatan Sila peka dengan kawasan maritim negara – Agong

Sila peka dengan kawasan maritim negara – Agong

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah Malaysia perlu peka dengan domain maritim negara.

Menurut Baginda, ini terutamanya melihat peningkatan aktiviti ketenteraan kuasa besar di Laut China Selatan.

“Peningkatan aktiviti ketenteraan kuasa-kuasa besar dunia di Laut China Selatan mutakhir ini wajar diberikan perhatian,

“Oleh itu, Malaysia hendaklah sentiasa peka kepada domain maritim negara disamping terus merangka strategi untuk mendukung aspirasi geopolitik tanah air,” titah Baginda semasa menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14, hari ini.

Kapal pengawal pantai China (China Coast Guard) dilaporkan pertingkat kehadiran mereka di zon ekonomi esklusif Sarawak.

Pada masa yang sama, Baginda turut menitahkan kerajaan untuk memastikan rangka strategi dan dasar pertahanan negara mengambil kira pelbagai faktor termasuklah kedudukan Malaysia dalam geopolitik di rantau Asia Pasifik.

“Kerangka strategi dan dasar pertahanan masa hadapan negara perlu mengambil kira kepentingan diplomasi pertahanan, dasar luar yang praktikal, triti (perjanjian) antarabangsa dan kedudukan geopolitik di Asia Pasifik,” titah Baginda dihadapan Ahli Parlimen yang hadir.

Isu Laut China Selatan menjadi perhatian rakyat Malaysia terutamanya apabila kapal pengawal pantai China dikesan tidak jauh dari lokasi kapal carigali West Capella pada awal tahun ini.

Selain itu, kapal perang Amerika Syarikat turut berlayar di kawasan perairan antarabangsa, berhampiran West Capella yang sedang melakukan kerja eksplorasi di lapangan minyak baharu Petronas.

Related Articles

Leave a Reply