Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Laut Iran tertembak kapal sendiri, 20 dikhuatiri maut

Tentera Laut Iran tertembak kapal sendiri, 20 dikhuatiri maut

by M.Daim

TEHRAN, 11 Mei – Lebih 20 orang anggota Tentera Laut Republik Islam Iran (Islamic Republic of Iran Navy, NEDAJA) dikhuatiri maut dalam satu insiden tertembak kapal sendiri semasa latihan ketenteraan di Teluk Oman.

“Kapal frigat, Jamaran telah melancarkan peluru berpandu anti kapal terhadap sasaran latihan. Namun, peluru berpandu tersebut telah mengenai kapal logistik, Konarak yang belum sempat keluar dari zon sasaran penembakan,” lapor media Iran.

Difahamkan Konarak telah tenggelam akibat serangan itu.

Sementara itu, agensi Mehr memetik kenyataan pihak NEDAJA yang menyatakan kejadian berlaku dalam kawasan perairan Iran dan punca sebenar masih lagi dalam siasatan.

 

Related Articles

Leave a Reply