Home Pertahanan dan Keselamatan Kejayaan gagalkan PATI ceroboh Malaysia, bukti tentera kawal sempadan negara sebilang masa

Kejayaan gagalkan PATI ceroboh Malaysia, bukti tentera kawal sempadan negara sebilang masa

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 17 Apr – Kejayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan dan mengagalkan cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Rohingya cerobohi sempadan negara buktikan anggota tentera berkerja sebilang masa.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi TUDM hari ini mengesahkan ATM telah berjaya menghalang cubaan PATI Rohingya dari memasuki Malaysia semalam.

Affendi berkata melalui pengawasan maritim dari udara dan tindakan pantas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan menggunakan pesawat C-130 dari No 20 Skuadron Pangkalan Udara Subang telah berjaya mengesan kehadiran sebuah bot PATI di kedudukan 60 batu nautika barat Pulau Langkawi.

“Setelah berjaya mengesan bot tersebut, TUDM telah memaklumkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),

“Bertindak balas dari maklumat yang diterima, TLDM telah mengatur gerak dua buah kapal iaitu KD LEKIU dan KD LEKIR menuju ke lokasi yang dimaklumkan bagi tujuan pengawasan serta pengesahan,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, helikopter Super Lynx dari KD Lekiu telah diterbangkan bagi mendapatkan gambaran jelas para penumpang bot berkenaan sebelum diiring keluar daripada perairan negara oleh kapal TLDM.

Artikel berkaitan: TUDM gagalkan cubaan 200 pendatang Rohingya masuk perairan Malaysia

“Didapati kira-kira 200 orang PATI Rohingya berada di dalam bot tersebut yang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak,

“Kejayaan operasi pengawasan maritim udara adalah usaha bersepadu di antara TLDM dan TUDM serta turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam menjaga kedaulatan perairan negara,” ujarnya.

Panglima Angkatan Tentera juga berkata operasi kawalan keseluruhan persempadanan negara baik di daratan mahupun perairan akan terus diperketatkan oleh ATM.

“ATM akan terus berkerjasama dengan agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang lain di kawalan persempadanan daratan Malaysia – Kalimantan di Sarawak antaranya di Teluk Melano hingga ke Lubuk Antu dan persempadanan Limbang (Malaysia – Brunei), Ba’kelalan dan Bario yang kini turut diperketatkan dengan rondaan serta sekatan jalan raya,

“Kawalan persempadanan daratan tersebut turut melibatkan kerjasama padu antara ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),

“Semua aspek pengukuhan kawalan persempadanan ini merupakan usaha bagi menghalang penularan kluster baharu wabak COVID-19 berkemungkinan dibawa oleh kumpulan PATI yang cuba mencerobohi negara,” ujar Affendi lagi – AirTimes

 

Related Articles

Leave a Reply