Home Semasa UiTM tangguh sesi pembelajaran termasuk latihan industri

UiTM tangguh sesi pembelajaran termasuk latihan industri

by Fatini Hanis Norzali

SHAH ALAM, 17 Mac – Prof. Emeritus Datuk Mohd Azraai Kassim, Naib Cancelor Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini telah mengeluarkan arahan penangguhan seluruh operasi perkhidmatan UiTM mengenai pelaksaan penyampaian dan pembelajaran.

Keputusan ini dibuat berdasar perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan semalam.

Pelaksanaan ini juga dilakukan bagi mengurangkan penularan wabak Koronavirus 2019 (COVID-19) yang kini dikelaskan sebagai Pandemik oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO).

“Semua operasi dan aktiviti di UiTM ditangguh serta merta sepertimana perutusan Perdana Menteri dalam melaksanakan perintah kawalan tersebut,

“Pelajar yang menjalani latihan industri juga turut tersenarai dalam penangguhan sesi penyampaian dan pembelajaran,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa pelajar diminta untuk mengosongkan kolej kediaman dan pulang ke rumah masing-masing.

“Pelajar Antarabangsa pula diminta kekal di kediaman masing-masing dan berurusan dengan Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa (OIA),” ujarnya

Sehubungan itu, pihak UiTM akan mengeluarkan Kalendar Akademik sesi Mac-Julai 2020 yang terkini dalam masa terdekat.

Related Articles

Leave a Reply