KUALA LUMPUR, 9 Mac – Harga minyak mentah dunia hari ini jatuh mendadak berikutan tindakan Arab Saudi melakukan lambakan minyak di pasaran global.
Selain itu, Arab Saudi dilaporkan menjual minyak mentah pada harga sekitar US$6 sehingga US$8 setong.
Tindakan yang diambil oleh negara pengeluar minyak kedua terbesar dunia adalah berikutan pertelagahan antara Rusia dengan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
Pada Jumaat lalu, Rusia enggan berkerjasama dengan OPEC untuk menurunkan harga minyak berikutan penularan wabak Koronavirus (COVID-19).
Menurut Wall Street Journal, Riyadh bertindak sedemikian bagi ‘menghalang penguasaan pasaran’ oleh Rusia.
Harga minyak Brent hari ini dibuka pada paras US$ 33.77 berbanding harga yang ditutup pada Jumaat lalu iaitu US$ 45.51.
Kali terakhir Brent didagangkan di bawah paras US$ 40 setong adalah pada sekitar 2015-2016. Pada ketika itu, harga minyak Brent mencapai paras harga terendah US$ 27.13 pada 20 Januari 2016.