Home Semasa Covid-19: 6 penumpang kapal MS Westerdam disahkan negatif

Covid-19: 6 penumpang kapal MS Westerdam disahkan negatif

by Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Keputusan ujian pengesanan Covid-19 yang dijalankan ke atas enam penumpang kapal persiaran MS Westerdam disahkan negatif berdasarkan kepada laporan yang diterima daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penumpang yang terdiri daripada empat warga Amerika Syarikat dan dua warga Belanda itu dalam keadaan sihat dan kini mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan selanjutnya.

“Pihak kedutaan yang berkenaan telah dimaklumkan mengenai keputusan ujian ini dan mereka akan dibenarkan untuk menaiki penerbangan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing,” katanya pada Ahad.

Jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia sehingga ini kekal 22 orang. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply