Home Semasa Normah Ishak wanita pertama dilantik Ketua Penolong Pengarah E8

Normah Ishak wanita pertama dilantik Ketua Penolong Pengarah E8

by Bernama

KUALA LUMPUR, 16 Feb – SAC Normah Ishak merupakan wanita pertama dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau menggantikan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilantik sebagai Ketua Polis Johor berkuatkuasa 6 Mac ini.

Beliau berkata Normah dipilih menjawat jawatan berkenaan kerana prestasi, kepimpinan dan pengalamannya yang meluas dalam mengendalikan pelbagai kes-kes cawangan khas, sama ada di dalam negara atau luar negara.

“Sebelum ini beliau (Normah) diberi kepercayaan untuk memangku jawatan timbalan kepada Datuk Ayob Khan dan beliau juga dinaikkan pangkat sebagai DCP.

“Semalam di Bukit Aman telah berlangsung satu majlis serah terima tugas jawatan berkenaan di antara Datuk Ayob Khan dan beliau,” katanya kepada Bernama semalam.

Abdul Hamid berkata beliau amat yakin dengan kemampuan dan keyakinan Normah menggalas jawatan berkenaan dengan baik.- Bernama

 

 

Related Articles

Leave a Reply