Home SemasaGlobal “Filipina tarik diri dari kerjasama ketenteraan? Saya tidak kisah” – Trump

“Filipina tarik diri dari kerjasama ketenteraan? Saya tidak kisah” – Trump

by M.Daim

WASHINGTON, 13 Feb – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan beliau tidak mengambil peduli akan tindakan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menamatkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Semalam, Filipina telah menghantar notis penamatan Perjanjian Pasukan Pelawat (Visiting Force Agreement, VFA) kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Manila. Notis tersebut menyatakan perjanjian VFA yang telah berlangsung selama berpuluh tahun natara Amerika-Filipina akan ditamatkan dalam tempoh 3 bulan.

Donald Trump berkata, tindakan Duterte hanya akan menguntungkan Amerika Syarikat.

“Saya tidak kisah kalau Filipina mahu menamatkan perjanjian itu, ianya akan menjimatkan banyak duit. Pandangan saya adalah berbeza dari orang lain,” tegas Trump.

Trump sebelum ini berikrar untuk membawa pulang pasukan tentera Amerika Syarikat yang telah lama bertapak di luar negara mereka.

Menurut Trump, Amerika Syarikat telah membantu Filipina untuk menentang ancaman Da’esh dan beliau telah mempunyai hubungan yang baik dengan Duterte.

“Kita tunggu dan lihat,” ujar Trump.

Duterte bertindak menamatkan perjanjian VFA sebagai tindak balas kepada campur tangan Amerika Syarikat dalam polisi Philippine Drug War. Washington sebelum ini bertindak menyenarai hitam Senator Ronald dela Rosa kerana penglibatan beliau dalam dasar itu.

Ronald dela Rosa merupakan sekutu kuat Duterte dan merupakan bekas Ketua Polis Negara Filipina.

Tindakan Washington telah mengundang kemarahan Duterte dan telah mengarahkan barisan kabinet Filipina untuk tidak mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat.

Penamatan VFA sekaligus mengurangkan peluang kepada Filipina untuk mendapat akses latihan dan bantuan dari Amerika Syarikat untuk menghadapi bencana alam, ancaman penganas dan ancaman keselamatan maritim.

Selain itu, Amerika Syarikat akan menghadapi kesukaran untuk memperkukuhkan kehadiran mereka di rantau ini.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Mark Esper menyifatkan tindakan Manila adalah satu tindakan yang ‘malang’.

Related Articles

Leave a Reply