Home Semasa Budaya takfiri perlu dikekang, ancam keselamatan negara – Mohamad Sabu

Budaya takfiri perlu dikekang, ancam keselamatan negara – Mohamad Sabu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata budaya takfiri (mengkafirkan sesama umat Islam) yang semakin menular dalam masyarakat melayu islam di negara ini perlu dikekang kerana boleh mencemarkan imej agama.

Mohamad dalam kenyataan hari ini berkata, AMANAH menggesa semua pihak memainkan peranan dalam mengekang budaya yang tidak sihat dan bercanggah dengan ajaran agama islam.

“Laporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan, agar ia tidak berulang pada masa akan datang,

“AMANAH berpandangan budaya takfiri ini jika tidak dihentikan dengan segera, boleh mencemarkan imej Islam sekaligus memusnahkan keharmonian Malaysia seperti apa yang berlaku kepada negara Timur Tengah khususnya di Iraq dan Syria,” kata Mohamad.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan, berkata penularan budaya ini boleh menyemai sikap dan pemikiran melampau sehingga boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

“Terbaru, seorang pemilik akaun Facebook telah memuat naik satu status mensasarkan Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Mujahid Rawa dengan menulis “menteri agama, berjiwa kafir”,

“Difahamkan dua laporan polis telah dibuat oleh AMANAH Wilayah Persekutuan dan Terengganu,” ujarnya.

 

Related Articles

Leave a Reply