Home Pertahanan dan Keselamatan ATM sentiasa penuhi perlaksanaan rondaan secara bersama Malaysia, Indonesia dan Filipina

ATM sentiasa penuhi perlaksanaan rondaan secara bersama Malaysia, Indonesia dan Filipina

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 JAN – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menegaskan pihak mereka sentiasa komited untuk melaksanakan rondaan bersama dengan pasukan tentera negara jiran bagi memastikan tahap keselamatan Sabah dan Laut Sulu sentiasa terjaga.

Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Tentera dalam satu kenyataan berkata, ATM sentiasa mengimplementasikan kesepakatan rondaan secara bersama antara Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Ketiga-tiga negara pesisir Laut Sulu telah bersetuju untuk melaksanakan Rondaan Bersama Maritim (Trilateral Maritime Patrol, TMP) dan Rondaan Bersama Udara (Trilateral Air Patrol, TAP) semenjak dilancarkan pada tahun 2017.

“Kesemua usaha-usaha kesepakatan 3 negara untuk memperkukuhkan keselamatan kawasan maritim secara bersepadu di perairan Laut Sulu semenjak 2016 telah dan dilaksanakan oleh ATM,

“Ketiga-tiga negara telah menubuhkan Pusat Kawalan Maritim bagi tujuan perkongsian maklumat, perisikan dan koordinasi aktiviti TMP dan TAP,

“ATM juga sentiasa berkerjasama dengan agensi keselamatan lain dalam memperkukuhkan tahap keselamatan kawasan pantai timur Sabah,” jelas kenyataan itu lagi.

Dalam kenyataan yang sama, ATM turut memandang serius insiden penculikan yang berlaku di Tambisan, Sabah pada 16 Januari lalu. Insiden yang melibatkan 5 warganegara Indonesia dipercayai didalangi oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf dari Filipina.

Insiden terbaru ini sekaligus menimbulkan kebimbangan terutamanya pihak kerajaan Indonesia.

Terdahulu, media Indonesia memetik kenyataan Anggota KOMISI I Suruhanjaya Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI), Dr H Sukamta yang mendakwa insiden penculikan baru-baru berpunca dari kegagalan pihak tentera Malaysia untuk memenuhi komitmen rondaan bersama tiga negara.

 

Related Articles

Leave a Reply