Home Semasa Mohd Zuki dilantik Ketua Setiausaha Negara baharu 1 Jan 2020

Mohd Zuki dilantik Ketua Setiausaha Negara baharu 1 Jan 2020

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 31 Dis – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohd Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Pelantikan Mohd Zuki, 58, bagi menggantikan Tan Sri Dr Ismail Bakar yang bercuti sebelum persaraan wajib.

“Pelantikan Mohd Zuki telah diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, atas perakuan Perdana Menteri melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,

“Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam,” menurut kenyataan itu.

Mohd Zuki sebelum ini pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan; Kementerian Pelajaran; Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

“Selain itu, beliau juga pernah bertugas di Istana Negara; Jabatan Perdana Menteri; Setiausaha Persekutuan Sarawak dan menjawat jawatan selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,

“Kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ismail atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara,” kata Pejabat Perdana Menteri.

Related Articles

Leave a Reply