Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat Malaysia redah air bah hantar makanan, selamatkan mangsa banjir

Tentera Darat Malaysia redah air bah hantar makanan, selamatkan mangsa banjir

by M.Daim

MERSING, 17 Dis – Markas 7 Briged Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengaturgerakkan Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6RRD) dan Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Menurut pihak TDM, bantuan dari segi aset dan anggota tentera telah diaturgerak ke tiga kawasan terjejas akibat banjir iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Mersing.

6RRD telah diaturgerak ke Kota Tinggi pada 14 Disember lalu manakala ke Mersing pada 16 Disember. Antara tugasan yang dilaksanakan adalah menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas dan memindahkan mangsa ke pusat pemindahan. Selain daripada itu, 6 RRD turut menghantar bekalan makanan kepada mangsa yang terkandas di Kampung Terowoh.

Pada masa yang sama, 5RAMD telah menghulurkan bantuan untuk memindahkan mangsa banjir di Kahang ke pusat pemindahan.

Sehingga pukul 12 tengah hari, sebanyak 87 pusat pemindahan telah dibuka di 8 daerah di Johor dengan melibatkan seramai 7,944 orang mangsa.

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply