Home Pertahanan dan Keselamatan DSA 2020 janjikan yang lebih baik

DSA 2020 janjikan yang lebih baik

by Nurulhuda

SERDANG, 7 Dis – Penyertaan Arab Saudi sebagai pempamer dalam Pameran Perkhidamatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2020 adalah yang amat membanggakan, kata Pengarah, DSA dan NATSEC 2020, Nadzeem Abdul Rahman.

Nadzeem berkata kesudian kerabat Diraja Arab Saudi dan Menteri Pertahanannya Mohamad Salman yang akan hadir ke pameran tersebut memperlihatkan kerajaan Malaysia komited dalam menangani isu keselamatan serantau dan global.

“Progres DSA 2020 yang akan berlangsung pada 20 hingga 23 April 2020, kini dilihat sudah menunjukkan kemajuan dan ia berjalan dengan lancar kerana penglibatan penyertaan daripada syarikat-syarikat pempamer tempatan serta antarabangsa,

“Pihak kami menjangkakan pameran tersebut akan menjadi lebih besar daripada tahun yang sebelumnya dan akan lebih baik disebabkan penyertaan delegasi-delegasi antarabangsa yang telah kami jemput,” kata Nadzeem kepada pemberita selepas Acara perasmian Pesta Kor Risik Diraja (PERISIK) di MAEPS Serdang, hari ini.

Menurut beliau, negara-negara timur tengah, Eropah dan Afrika telah memberikan pengesahan untuk bersama-sama menyertai pameran dwitahunan itu.

“Selain daripada delegasi Arab Saudi, kami juga menyeru kepada seluruh negara ASEAN untuk menghantar seberapa banyak penyertaan untuk datang melawat ke pameran kami,” jelasnya.

Selain daripada pameran, DSA 2020 nanti akan berlangsung juga persidangan yang dinamakan ‘Persidangan Siber’ yang merupakan koloberasi Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beberapa segmen telah dikenal pasti dan dirancang untuk diaadakan semasa DSA 2020 seperti segmen siber pavillion, dron, segmen penjagaan kesihatan medan perang dan segmen khusus untuk pelajar-pelajar pertahanan negara.

DSA 2020 pada kali ini akan disertai oleh agensi-agensi keselamatan yang mempamerkan kelengkapan-kelengkapan terkini  pertahanan bersesuaian keadaan semasa.

DSA dan  NATSEC Asia 2020 disokong sepenuhnya, masing-masing oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN).

Lebih 1,500 syarikat sektor pertahanan dan keselamatan global dari 60 negara dan 33 pavilion antarabangsa dijangka membuat penampilan dalam acara berprofil tinggi itu bagi mempamerkan beberapa teknologi canggih di dunia, sistem, perkakasan dan peperangan elektronik.

Pameran ini akan diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply