Home Semasa “Jawab kepada pengundi kenapa tolak bajet bantuan kebajikan” – Hannah Yeoh

“Jawab kepada pengundi kenapa tolak bajet bantuan kebajikan” – Hannah Yeoh

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh mendedahkan senarai 28 ahli parlimen yang mengundi tidak bersetuju dengan bajet bantuan untuk golongan yang memerlukan.

Beliau menegaskan, isu politik tidak sepatutya dicampurkan dalam hal kebajikan kerana bantuan yang ingin diberikan sangat penting kepada golongan memerlukan.

“Bajet ini termasuk bantuan kebajikan yang kita berikan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, keluarga miskin dan kanak-kanak. Bantuan ini tidak boleh tergendala,

“Tetapi saya sendiri terkejut, bahawa ada ahli parlimen yang memainkan isu politik pada hari itu,” kata Yeoh ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau menegaskan agar ahli parlimen mengundi tidak bersetuju ini perlu menjawab kepada pengundi kawasan mereka terutamanya kepada penerima bantuan manfaat Jabatan Kebajikan Masyarakat .

Yeoh berkata ianya bukan kali pertama ahli-ahli parlimen terbabit tidak bersetuju dengan bajet bantuan ini. Malahan sudah dua kali undian dibuat, mereka masih dengan keputusan yang sama.

Bajet 2020 untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini hampir ditolak pada Selasa lalu selepas ahli parlimen pambangkang mendakwa mereka telah mengalahkan pihak kerajaan semasa mengundi di dewan. Walaupun terdapat 28 undi tidak bersetuju, bajet itu akhirnya diluluskan dengan undian 32 ahli parlimen memihak.

Ahli-ahli parlimen yang tidak bersetuju ialah dari kawasan Rantau Panjang, Dungun, Sik, Padang Terap, Ketereh, Kepala Batas, Machang, Jasin, Kota Tinggi, Parit, Jempol, Kuala Kangsar, Bera, Ayer Hitam, Tapah, Tanjong Karang, Parit Sulong, Lenggong, Kuala Krau, Pontian, Lipis, Baling, Gerik, Jerantut, Jelebu, Tenggara, Paya Besar dan Cameron Highlands.

Related Articles

Leave a Reply