Home Pertahanan dan Keselamatan F/A-18D, Su-30MKM kekal sehingga tempoh RMK-13

F/A-18D, Su-30MKM kekal sehingga tempoh RMK-13

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan perkhidmatan jet pejuang F/A-18D Hornet dan Sukhoi SU-30MKM akan dikekalkan sehingga tempoh Rancangan Malaysia Ke-13

“TUDM akan terus mengekalkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM untuk tempoh RMK-12 dan RMK-13,” jelas Mohamad ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

RMK merupakan rancangan pembangunan kerajaan Malaysia untuk tempoh 5 tahun. Tempoh RMK-12 adalah pada tahun 2021-2025 manakala RMK-13 adalah pada 2026-2030.

Terdahulu, Mohamad menjelaskan perolehan pesawat rondaan maritim (MPA) dan pesawat tanpa pemandu aras altitud sederhana (MALE UAV) adalah keperluan yang diutamakan pada masa kini.

Beliau menambah, Kementerian Pertahanan Malaysia pada ketika ini memberi fokus kepada perolehan aset pertahanan bercirikan kawalan, rondaan sempadan dan rondaan sempadan maritim bagi menghalang pencerobohan asing.

“Keperluan terkini adalah perolehan MPA, Male UAV dan pesawat keupayaan tempur ringan serta latihan juruterbang melalui program Light Combat Aircraft (LCA),

“Walaupun perolehan jet pejuang baharu tiada dalam perancangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kementerian Pertahanan masih meneliti tawaran kerajaan Rusia dari pelbagai aspek termasuk aspek ekonomi dan kewangan yang perlu diteliti,” ujarnya

Selain daripada itu, beliau turut menegaskan aspek penyelenggaraan dan baikpulih (MRO) diambil kira dalam sebarang perolehan jet pejuang pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa pihaknya berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pesawat sedia ada mempunyai penyelenggaraan yang baik bagi menjamin tahap kesiapsiagaan pesawat.

Beliau menambah, tahap kesiapsiagaan jet pejuang Sukhoi Su-30MKM telah mencapai tahap 75% dan diselenggarakan oleh syarikat tempatan, ATSC dengan perbelanjaan sebanyak RM 200 juta setahun.

Menyentuh tawaran oleh kerajaan Rusia, beliau menyatakan pihak kerajaan masih meneliti tawaran tersebut.

 

Related Articles

Leave a Reply