Home Pertahanan dan Keselamatan Maritim Malaysia tahan bot tunda langgar syarat sah lesen di peraiaran Tawau

Maritim Malaysia tahan bot tunda langgar syarat sah lesen di peraiaran Tawau

by Nurulhuda

TAWAU, 19 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot tunda kerana disyaki telah melakukan kesalahan di sekitar perairan Tawau, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata bot tunda yang memliki  nombor pendaftaran itu ditahan sekitar jam 3.15 petang semalam berhampiran perairan Bombalai, Tawau.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, seorang juragan lelaki dewasa Indonesia berumur 23 tahun berada di atas bot tunda tersebut,

“Beliau gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah serta gagal memaklumkan pertukaran nakhoda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siva berkata juragan dan bot tunda berkenaan ditahan seterusnya diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk pemeriksaan lanjut.

“Juragan tersebut ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” tegasnya lagi.

 

Related Articles

Leave a Reply