Home SemasaGlobal Turki akan perluas penempatan tentera di Lubnan

Turki akan perluas penempatan tentera di Lubnan

by Bernama

ANKARA, 26 Okt – Turki akan memperluas penempatan tenteranya di Lubnan bagi tempoh setahun lagi sebagai sebahagian daripada pasukan sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Warta Rasmi pada Jumaat.

Keputusan itu dibuat selepas parlimen negara itu meratifikasi satu usul pada Selasa untuk memperluas penempatan tentera Turki dalam pasukan sementera PBB di Lubnan, juga dikenali sebagai UNIFIL, sehingga 31 Okt 2020, lapor agensi berita Anadolu.

Usul yang dikemukakan presiden itu telah dilanjutkan sebanyak 12 kali sejak ia diluluskan oleh Parlimen Turki pada 2006.

UNIFIL telah diwujudkan pada 1978 apabila Israel berundur dari Lubnan. Pasukan pengaman adalah bertujuan menjaga keselamatan dan membantu kerajaan Lubnan membina semula kekuasaannya.

Kira-kira 10,600 anggota tentera dari 40 negara menyertai misi UNIFIL.

– BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!