KUALA LUMPUR, 11 Okt – Aerospace Technology Systems Corp (ATSC) Sdn Bhd telah berjaya merangkul saguhati dalam kategori dalam kategori Anugerah Pencapaian Pengkomersialan bersempena pameran International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM), semalam.
Anugerah telahdisampaikan oleh Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) kepada Ketua Pegawai Eksekutif ATSC, Leftenan Kolonel (Bersara) Mohd Fadzar Suhada.
ATSC merupakan satu-satunya syarikat pertahanan tempatan yang berjaya tersenarai dalam 5 kategori anugerah yang disampaikan.
“Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan kepada pihak kami dan ianya merupakan satu pencapaian baharu terutamanya ini adalah kali pertama kami terlibat dalam pertandingan ini,
“Secara tidak langsung, kejayaan ini adalah hasil dedikasi, pengetahuan dan kerjasama antara ATSC dengan semua pihak,” kata Fadzar semasa ditemui selepas majlis penganugerahan.
ATSC dipilih kerana inovasi Task Card (Kad Penugasan) untuk kerja-kerja penyelenggaraan jet pejuang Sukhoi Su-30MKM.
Semasa Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) Mac lalu, ATSC telah mempamerkan inovasi Task Card yang dibangunkan secara tempatan oleh syarikat tersebut.
Pada masa yang sama, ATSC telah menyerahkan sebuah pesawat Su-30MKM yang telah siap diselenggara kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada hari pertama pameran.
Selain daripada itu, ATSC telah memperoleh sijil Pertubuhan Senggara Kelulusan (Approved Maintenance Organisation, AMO) dan Pertubuhan Kejuruteraan Kelulusan (Authorised Engineering Organisation, AEO) daripada Directorate General Tehnical Airworthiness (DGTA) bagi menyenggara serta membaik pulih (MRO) pesawat pejuang SU-30MKM.

Turut hadir ke majlis penganugeraha ialah Panglima Tentera Udara, Tan Sri Affendi Buang. Foto: AirTimes/Ria Nadia
Menurut Fadzar, ATSC telah menjalinkan banyak kerjasama dengan TUDM, DGTA, Kementerian Pertahanan Malaysia, Bahagian Industri Pertahanan (BIP), Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA), Cairdmark Sdn Bhd, Epic Aero Sdn Bhd and Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam.
ATSC merupakan salah sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi memacu industri aeroangkasa tanah air pada tahun 1994. ATSC merupakan syarikat tempatan yang bertanggungjawab dalam menyelenggara, membekalkan alat ganti dan khidmat sokongan kepada pesawat pejuang MiG-29N serta Su-30MKM.
“Ketika Tun Dr Mahathir melancarkan konsep Malaysia Incorporated (Malaysia Inc) pada era 1980-an, Malaysia telah mengenalpasti peluangSemenjak penubuhannya sehingga ke hari ini, kita dapat menyaksikan kejayaan untuk menjadi sebuah syarikat tempatan yang berupaya untuk melakukan kerja-kerja MRO bertaraf dunia,” ujar Fadzar.
