Home SemasaGlobal Menteri Keselamatan Indonesia cedera ditikam pengganas Da’esh

Menteri Keselamatan Indonesia cedera ditikam pengganas Da’esh

by M.Daim

JAKARTA, 10 Okt – Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia, Jeneral Wiranto cedera ditikam ketika tiba menghadiri satu majlis yang diadakan di Pandeglang, Jawa, hari ini.

Menurut pihak polis Banten, Wiranto telah dikejarkan ke hospital di Jakata dengan menggunakan sebuah helikopter. Wiranto, 72 tahun, mengalami kecederaan dibahagian perut akibat serangan yang didalangi oleh seorang lelaki dan wanita.

Seorang anggota polis dan dua orang lagi cedera ketika pergelutan berlaku. Kedua-dua penyerang telah berjaya ditahan serta-merta oleh pihak keselamatan yang berkawal di tempat kejadian.

Wiranto kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, ketua Badan Intelijen Negara, Budi Gunawan menyatakan kedua-dua penyerang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Jamaah Ansharut Daulah (JAD). JAD merupakan salah satu kumpulan yang dikaitkan gerakan pengganas Da’esh.

JAD sebelum ini mengaku bertanggungjawab dalam melakukan serangan bom di Surabaya pada tahun 2018 dan di gereja di Jolo pada awal Januari lalu.

Related Articles

Leave a Reply