Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan dua bot bersama 12 nelayan Vietnam, rompak hasil laut negara

APMM tahan dua bot bersama 12 nelayan Vietnam, rompak hasil laut negara

by Air Times News Network

SANDAKAN, 24 Sept – Dua bot nelayan asing bersama 12 nelayan warga Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas disyaki menceroboh dan merompak hasil laut di perairan Malaysia pada Ahad lepas.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, bot pertama ditahan pada kedudukan 12.6 batu nautika Timur Laut Pulau Billean lebih kurang jam 9.40 pagi.

“Manakala bot kedua ditahan pada kedududkan 25 batu nautika Timur Laut Pulau Jambongan 45 minit kemudian,

“Hasil pemeriksaan pada kedua-dua bot, kesemua 12 awak-awak termasuk tekong warga Vietnam berumur 23 hingga 48 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Pada pemerikasaan itu juga, sebanyak 100 kilogram gamat turut ditemui dipercayai diambil dari perairan negara.

Mohd Khairulanuar berkata ini merupakan kes kedua dan ketiga bot nelayan asing Vietnam ditahan dalam bulan yang sama sepanjang tahun ini oleh Zon Maritim Sandakan dengan menyasarkan balat (gamat).

Kesemua rampasan akan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia.

 

Related Articles

Leave a Reply