Home Pertahanan dan Keselamatan Miliki dokumen palsu: Maritim Malaysia tahan dua nelayan di Sandakan

Miliki dokumen palsu: Maritim Malaysia tahan dua nelayan di Sandakan

by Bernama

SANDAKAN, 6 Sept – Dua nelayan disyaki memiliki dokumen pengenalan diri palsu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim (ZM) Sandakan di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi ZM Sandakan Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata nelayan itu ditahan atas sebuah bot nelayan tempatan pada 7.45 pagi di jeti Pasar Besar Sandakan di sini ketika sedang menurunkan hasil tangkapan ikan.

“Dua nelayan itu antara 19 orang yang berumur 17 hingga 54 tahun yang diperiksa. Bagaimanapun, nelayan itu memiliki dokumen IMM13 disyaki palsu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd Khairulanuar, bot dan juga nelayan terbabit ditahan untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63.- Bernama

Related Articles

Leave a Reply