Home Pertahanan dan Keselamatan Tugas ATM bukan hanya sedia untuk berperang – Liew Chin Tong

Tugas ATM bukan hanya sedia untuk berperang – Liew Chin Tong

by Bernama

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini tidak lagi hanya terhad kepada mempertahankan negara malah ia telah diperluaskan kepada mempertahankan negara daripada non-traditional security threats, kata Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

Beliau berkata ini berikutan ramai masyarakat menganggap tugas utama ATM adalah bersedia untuk peperangan, sebaliknya tugas mereka ini tidak terhad kepada peperangan malah kemahiran mereka diperluaskan menjalani pelbagai latihan eksesais serta pelbagai aktiviti seperti Military Operations Other Than War.

“Ramai rasa ATM sebagai responder pertama tetapi sepatutnya ia last resort dan ATM memerlukan satu persetujuan nasional atas peranan ATM supaya ATM tidak dianggap sebagai tenaga kerja yang murah.

“Bagaimanapun, tanggungjawab untuk mempertahankan negara bukanlah merupakan tanggungjawab ATM semata-mata. Sebaliknya, ia merupakan tanggungjawab kolektif semua lapisan masyarakat,” katanya.

Liew berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan masyarakat terhadap ATM selepas menghadiri sesi dialog kertas putih pertahanan ‘People In Defence’ di Wisma Perwira ATM, di sini pada Isnin.

Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply