Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Pelayaran kapal induk China: TLDM akan terus berjaga-jaga

Pelayaran kapal induk China: TLDM akan terus berjaga-jaga

by M.Daim

LUMUT, 24 Jun – Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany menyatakan Tentera Laut Diraja Malaysia akan sentiasa berwaspada akan kehadiran kapal-kapal asing yang memasuki perairan negara.

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas Majlis Serah Terima Tugas Panglima Armada Barat yang berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

“Saya ada membaca laporan tersebut namun sehingga kini belum ada bukti kukuh yang melaporkan perkara tersebut (kapal Liaoning memasuki perairan Malaysia) berlaku,

“Saya telah meminta Panglima Armada Timur untuk mengambil langkah sewajarnya bagi memerhati dan melaporkan kehadiran kapal-kapal asing yang memasuki perairan Malaysia,” jelas Reza.

Beberapa hari lalu, tular sekeping gambar yang menyatakan laluan pelayaran kapal induk Tentera Laut China (PLA Navy), Liaoning di kawasan barat Lautan Pasifik.

Gambar yang tular di media sosial tersebut turut mendakwa Liaoning akan berlayar memasuki perairan antara Sabah dan Filipina sebelum menuju ke Laut China Selatan.

Pada 20 Jun lalu, Liaoning dilaporkan berlayar di Laut China Timur dan menuju ke Lautan Pasifik. Media Taiwan yang memetik kenyataan sumber enggan mendedahkan diri menyatakan kapal Liaoning akan memasuki kawasan perairan Filipina sebelum menuju ke Laut China Selatan.

Sumber tersebut turut menyatakan Liaoning dijangka akan berlabuh di pulau yang diduduki oleh China di Kepulauan Spratlys.

 

Related Articles

Leave a Reply