Home Pertahanan dan Keselamatan Kuasa Udara, Kepentingan Nasional: 61 tahun TUDM menjadi lembayung kedaulatan negara

Kuasa Udara, Kepentingan Nasional: 61 tahun TUDM menjadi lembayung kedaulatan negara

by Air Times News Network

SUBANG, 1 Jun – Majlis Perutusan Panglima Tentera Udara telah diadakan di Pangkalan Udara Subang pada hari ini.

Majlis yang diadakan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-61 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Dalam majlis tersebut, beliau mengingatkan bahawa spektrum tugas dan peranan TUDM pada masa kini adalah lebih meluas sebagai sebuah ketumbukan udara yang moden.

“Selain dari memiliki keupayaan tempur yang berwibawa, kekuatan TUDM turut didokong oleh keupayaan melaksanakan peranan yang tidak kurang pentingnya, iaitu pelaksanaan misi-misi diplomasi pertahanan yang berfungsi sebagai confidence building measure bagi menjamin kestabilan dan keselamatan serantau dan global,”

“Dalam konteks ini, secara holistiknya, tugas dan peranan TUDM adalah kritikal dari aspek keselamatan dan pertahanan negara,” kata Affendi dalam amanatnya.

Beliau menambah, TUDM telah mengharungi beberapa era transformasi semenjak penubuhannya pada tahun 1958.

“Dalam 61 tahun perkhidmatannya kepada negara, TUDM telah melalui beberapa era transformasi dan semakin matang,” ujarnya.

Menurut beliau, TUDM bukan lagi sebuah pasukan kecil seperti di awal dan juga bukan lagi pasukan sokongan seperti pada pada era 70-an serta 80-an.

Dalam majlis yang sama, Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan pelancaran logo Hari Ulang Tahun TUDM ke-61.

Logo ini diilhamkan oleh Sarjan Udara Sumardi Ismail dari dari Bahagian Perhubungan Awam TUDM (Pembantu Tadbir).

 

 

Related Articles

Leave a Reply