Home Pertahanan dan Keselamatan Maritim tahan dua bot nelayan tempatan guna kru warga asing

Maritim tahan dua bot nelayan tempatan guna kru warga asing

by Pasri Asyraf

GEORGETOWN, 26 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua bot nelayan tempatan kelas A yang didapati melanggar syarat lesen dengan menggunakan dua kru warga asing.

Maritim Malaysia dalam satu kenyataan berkata, dua buah bot itu ditahan pada jarak lebih kurang 1.0 dan 1.4 batu nautika dari Timur Laut Tanjung Bungah jam 5.15 petang dan 5.30 petang kelmarin.

“Kesemua mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan lesen bot yang telah tamat tempoh”, kata kenyataan itu.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, bot peronda Maritim Malaysia telah melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang.

“Mereka telah mengesan dua bot nelayan tempatan Kelas A sedang memukat dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati dua tekong lelaki warga tempatan berumur 35 dan 48 tahun bersama seorang kru lelaki warga tempatan berumur 38 dan dua kru lelaki warga Thailand berumur 28 dan 30 tahun berada di atas kedua-dua bot tersebut”, katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply