Home Pertahanan dan Keselamatan 2,450 pengunjung China naiki kapal KD Lekiu

2,450 pengunjung China naiki kapal KD Lekiu

by M.Daim

QINGDAO, 25 Apr – Hari Terbuka kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD LEKIU, di Pelabuhan Qingdao telah menerima sambutan yang baik dari masyarakat China, semalam.

“Hampir 2,450 pengunjung telah melawat KD Lekiu di pelabuhan Qingdao yang dibuka untuk lawatan orang ramai mulai 8.30 pagi sehingga jam 4 petang semalam,” kata pihak TLDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

KD Lekiu kini berada di China bagi menghadiri sambutan ulangtahun ke-70 penubuhan People’s Liberation Army Navy (PLA Navy). Qingdao merupakan destinasi kedua penugasan interaksi antarabangsa KD Lekiu selepas lawatan pertamanya di Kure, Jepun.

“Penugasan ini merupakan salah satu inisiatif TLDM dalam meningkatkan tahap diplomasi pertahanan di samping peluang mengeratkan jalinan persahabatan dengan angkatan laut di peringkat antarabangsa,

“Selain daripada kapal terbuka untuk orang awam, terdapat juga aktiviti lain yang diadakan termasuk acara sukan, pertukaran profesional (professional exchange) dan juga majlis resepsi yang diadakan serentak bagi setiap kapal,” jelas TLDM lagi.

Menurut TLDM, lawatan ke Qingdao turut diisi dengan sesi perkongsian maklumat, pertukaran pendapat dan pertukaran profesional membolehkan warga TLDM  berinteraksi serta mengikuti perkembangan terkini teknologi pertahanan

Related Articles

Leave a Reply