Home Pertahanan dan Keselamatan Stok darah rhesus positif berkurangan, bantuan orang ramai diperlukan

Stok darah rhesus positif berkurangan, bantuan orang ramai diperlukan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Apr – Pusat Darah Negara (PDN) hari ini meminta orang ramai, khususnya yang mempunyai darah rhesus positif agar tampil menderma darah bagi meningkatkan stok darah kumpulan itu di PDN.

Menurut Pegawai Perubatan PDN, Dr Nabila Ramlan stok darah di PDN masih lagi di paras yang memuaskan namun PDN masih memerlukan stok darah yang banyak bagi menampung keperluan darah berkenaan.

“Darah yang sentiasa diperlukan di PDN kebanyakannya adalah darah jenis O, jenis A, jenis B dan AB positif, tambah beliau.

“Kita memerlukan stok darah yang banyak dan kempen derma darah ini perlu dijalankan setiap hari,” ujar Dr Nabila semasa Program Derma Darah bersempena Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-85 di Dewan Seroja, Kementerian Pertahanan hari ini.

“Darah rhesus positif kebanyakkan diperlukan buat masa kini dan PDN hari ini  mensasarkan seramai 400 orang penderma yang diperlukan berbanding 320 penderma pada tahun 2017,” jelas beliau.

Program yang bermula jam 8 pagi adalah kerjasama bersama Pusat Darah Negara (PDN) terbuka kepada semua warga Kementerian Pertahanan sehingga jam 4.30 petang.

Panglima TLDM, Laksamana Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany juga berkesempatan meluangkan masa ke program hari ini.

“Program derma darah yang dilakukan setiap tahun merupakan tanggungjawab sosial TLDM kepada masyarakat. Pada tahun lepas, lebih  350 orang penderma dan tahun ini kita jangka untuk mengatasi bilangan tersebut, harap melebihi daripada 400 penderma,” kata Mohd Reza selepas menyampaikan cenderahati kepada penderma yang bertuah.

 

Related Articles

Leave a Reply