Home Pertahanan dan Keselamatan Kertas Putih Pertahanan: Perlu ada rancangan kewangan dan kesiagaan – Liew Chin Tong

Kertas Putih Pertahanan: Perlu ada rancangan kewangan dan kesiagaan – Liew Chin Tong

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong menyatakan perancangan kewangan, kesiagaan dan strategi ketenteraan adalah perlu bagi menjayakan Kertas Putih Pertahanan.

“Dalam usaha untuk menjayakan kertas putih ini, kita perlukan rancangan kewangan, kita perlukan  rancangan kesiagaan strategi ketenteraan,” jelas beliau ketika menjawab soalan tambahan Nurul Izzah (Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Liew, Kertas Putih Pertahanan akan dibentangkan pada Sesi Ke-3 Persidangan Dewan Rakyat pada tahun ini.

“Kertas Putih ini adalah peluang kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia untuk memberikan pandangan tentang hala tuju pertahanan negara kita.
“Saya harap Ahli-ahli Parlimen dapat memberi pandangan dan melibatkan diri dalam perbincangan Kertas Putih Pertahanan,” kata Liew.

Related Articles

Leave a Reply