Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Insiden Kashmir: Dua negara perlu berunding elak perang nuklear – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Insiden Kashmir: Dua negara perlu berunding elak perang nuklear

Insiden Kashmir: Dua negara perlu berunding elak perang nuklear

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Kementerian Pertahanan Malaysia mahu insiden ketegangan antara dua kuasa nuklear India dan Pakistan supaya diselesaikan dengan cara perundingan.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata India dan Pakistan perlu cari jalan perundingan supaya tidak berlaku peperangan antara dua kuasa nuklear tersebut.

“Kementerian Pertahanan Malaysia ada hubungan diplomasi pertahanan yang baik antara dua negara (India dan Pakistan), kita harap cari jalan perundingan supaya tidak berlaku peperangan antara dua kuasa nuklear itu kerana ia amat bahaya kepada kedua-dua negara,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Veteran Angkatan Tenteta Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan hari ini.

Sebelum ini Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan turut secara terbuka mengisytiharkan bahawa beliau bersedia ke meja rundingan bagi menyelesaikan krisis ini.

“Kita harap kedua-dua negara dapat cari jalan untuk berunding supaya konflik antara dua kuasa tentera yang agak besar dapat diselesaikan kerana boleh membawa kemusnahan yang dahsyat kepada rakyat mereka,”  kata Mohamad ketika menjawab pertanyaan media berhubung krisis India dan Pakistan.

Konflik antara dua negara tegang apabila pada Selasa apabila India melancarkan serangan udara terhadap lokasi dikatakan pangkalan latihan militan di Kashmir.

Pakistan pula membalas dengan menembak jatuh dua pesawat tempur India, sebelum menawan seorang juruterbang, Komander Sayap Abhi Nandan.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?