Home Semasa Wang palsu: Anggota tentera dihadapkan ke mahkamah

Wang palsu: Anggota tentera dihadapkan ke mahkamah

by Air Times News Network

SIBU, 21 Feb – Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sibu hari ini atas pertuduhan memiliki wang tunai palsu berjumlah RM4,000.

Menurut laporan Bernama, Abdul Shahmi Shafiq Abdul Rahman, 28 tahun didakwa melakukan kesalahan memiliki 55 keping wang tunai palsu berjumlah RM4,000 di Maybank Jalan Kampung Nyabor di sini pada 9.46 malam pada 12 Feb lalu.

Dia yang mengetahui wang itu palsu dan berniat untuk menggunakannya sebagai wang tulen didakwa di bawah Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Romie Ahmad Zaidi dan pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Awang Iswandi Awang Mahmuddin.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Feb dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin.

Artikel berkaitan: Tentera direman empat hari, cetak wang palsu RM4 ribu

Pada 16 Februari lalu, tertuduh ditahan selepas membuat laporan polis membabitkan pengeluaran wang kertas palsu.

Siasatan polis mendapati tertuduh menipu dengan mengatakan telah mengeluarkan wang palsu RM4,000 dari mesin ATM di sebuah bank di Jalan Kampung Nyabor pada 15 Februari.

Related Articles

Leave a Reply