Home Pertahanan dan Keselamatan Campur tangan politik ancam strategik pertahanan negara

Campur tangan politik ancam strategik pertahanan negara

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 21 Feb – Kementerian Pertahanan hari ini membuat laporan berkaitan isu ‘Land Swap’ (tukaran tanah)  yang membabitkan Kem Paloh dan Kem Hutan Melintang ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaie Ismail berkata, daripada 16 isu ‘land swap’, pihaknya menyerahkan dua hasil siasatan kepada agensi itu yang melibatkan projek pembinaan Kem Paloh, Johor dan Hutan Melintang di Perak.

Menurutnya, kedua-dua projek tersebut dijalankan pihak swasta hasil pertukaran tanah tapak Kem Kinrara, Selangor dan Kem Rasah di Negeri Sembilan.

“Terdapat campur tangan politik keterlaluan, kecuaian urus tadbir dan beberapa kesilapan dalam pelaksanaan kedua-dua projek ini yang telah menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan serta mengancam kepentingan strategik pertahanan negara.

Menurut beliau, pembinaan Kem Paloh dan Kem Hutan Melintang tidak termasuk di dalam perancangan Rancangan Malaysia ke-11, namun atas arahan yang telah dikeluarkan dipercayai dilakukan atas faktor-faktor politik.

Mohd. Nasaie berkata, terdapat bukti arahan politik dan penglibatan secara langsung pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha memindah dan menambah pengundi tentera dan keluarga mereka di kedua-dua kem yang melibatkan kedua-dua parlimen tersebut.

“Terdapat juga keraguan dalam penilaian tanah asal projek Land Swap ini apabila kerajaan lalu di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menetapkan nilai tanah tapak Kem Kinrara berjumlah RM500 juta. Sedangkan penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) ialah RM758 juta,” kata Mohd.Nasaie dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendedahkan kerajaan rugi lebih RM500 juta bagi urus niaga ‘land swap’ membabitkan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku sejak 1997.

Jelasnya, perkara itu terdedah hasil siasatan yang dibentangkan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang pada 28 Januari lalu.

Beliau berkata, laporan siasatan berkenaan kemudian dibentangkan dan diterima dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Februari lalu.

 

 

 

 

 

 

Related Articles

1 comment

Projek Land Swap: Kementerian Pertahanan rugi lebih RM500 juta – Air Times News Network 9 May 2019 - 1:50 pm

[…] Artikel Berkaitan: Campur tangan politik ancam strategik pertahanan negara […]

Reply

Leave a Reply