Menurut Hishammuddin di akaun media sosial kendalian beliau turut mempersoalkan siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk membela kebajikan lebih 60,000 pesara tentera tidak berpencen di seluruh negara kalau bukan Kementerian Pertahanan.

“Ini bukan saya cakap, pesara tentera sendiri terkilan Bantuan Bakti Negara dihentikan. Apa salahnya teruskan inisiatif yang membantu mereka? Kalau tidak Kementerian Pertahanan, siapa lagi akan membela kebajikan lebih 60,000 pesara tentera tidak berpencen seluruh negara?” kata Hishammuddin.

Hishammuddin turut berkongsi laporan portal berita Free Malaysia Today yang mendedahkan kumpulan pesara itu juga telah membuat aduan kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu namun masih menantikan bantuan tersebut.