Home Pertahanan dan Keselamatan Kemudahan, bantuan veteran ATM diteruskan – Kementerian Pertahanan

Kemudahan, bantuan veteran ATM diteruskan – Kementerian Pertahanan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah diabaikan seperti didakwa dalam laporan media sebelum ini.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya di sini berkata, isu permasalahan Veteran ATM bukan isu baharu dan sudah dibangkitkan sejak pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Kerajaan Pakatan Harapan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) masih meneruskan segala kemudahan dan bantuan sedia ada.

“Antaranya Skim Bantuan Sara Hidup, Skim Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik, Bantuan Peralatan Pesakit, Bantuan Bencana Alam dan sebagainya,” katanya.

Kerajaan turut memperuntukkan RM78,914,400 pada tahun lepas dan jumlah ini bertambah kepada RM98,006,000 melalui Bajet 2019 yang diumumkan kerajaan pada 2 November lalu.

“Kerajaan juga sudah meluluskan bantuan khas RM500,000 untuk diagihkan kepada persatuan bekas tentera.

“Malah Kementerian Pertahanan merancang untuk meningkatkan pembabitan agensi awam dan swasta demi menjaga kebajikan serta menambahbaik taraf sosio-ekonomi Veteran ATM,” katanya.

Semalam, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyangkal dakwaan kementeriannya seolah-olah mengabaikan kebajikan veteran ATM sejak PH mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Artikel berkaitan: Mohamad Sabu nafi abai kebajikan veteran tentera

Artikel berkaitan: Kesal veteran ATM dipinggirkan kerajaan PH – Hishammuddin

Kebajikan golongan itu terus dijaga seperti mana di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, malah ditambah baik kata Mohamad seperti dilaporkan oleh Bernama.

“Zaman menteri dulu enam tahun tak ada Majlis Veteran Tentera, baru (sekarang) saya gerakkan Majlis Veteran ini semula,” tegas Mohamad.

 

 

Related Articles

Leave a Reply