Home Semasa Vape, Nano Stick dan Shisha juga dilarang di premis makanan – KKM

Vape, Nano Stick dan Shisha juga dilarang di premis makanan – KKM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan penggunaan rokok elektronik seperti Vape dan Nano Stick juga dilarang di premis makanan termasuk Shisha.

KKM dalam satu entri facebook rasminya memuat naikkan satu poster yang melarang  penggunaan tersebut di premis makanan mengikut peraturan baharu yang telah dikuatkuasakan 1 Jan lalu.

“Selain daripada merokok, vape, nano stick dan shisha turut dilarang di premis makanan. Harap maklum,” kata KKM.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan vape dan shisha yang mengandungi nikotin turut termasuk dalam larangan merokok seperti yang tertakluk dalam Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Peraturan itu jelas jika mempunyai nikotin akan tertakluk (pada larangan tersebut), dengan kata lain apabila kita buat penguatkuasaan kita akan lihat sama ada vape atau shisha itu mempunyai kandungan nikotin atau tidak.

“Jika kita dapati tiada nikotin ia tidak termasuk dalam larangan itu nanti,” katanya seperti dipetik Bernama dua bulan lalu.

Related Articles

Leave a Reply