Home Semasa PDAM harap kerajaan dapat mempertimbangkan komisen minyak

PDAM harap kerajaan dapat mempertimbangkan komisen minyak

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 31 Dis- Pengusaha stesen minyak mengharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan secara
positif atas tuntutan mereka supaya menaikkan kadar komisen petrol dan diesel bagi menampung operasi yang meningkat.

Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menuntut kerajaan menaikkan kadar komisen petrol dan diesel di Putrajaya.

“Setakat ini kita belum ada tarikh tertentu untuk melaksanakan waktu operasi baharu itu, dan sangat
berharap agar kerajaan positif menerima apa yang dibawa dalam memorandum itu,” katanya seperti dilaporkan sinar harian.

Semalam, satu perjumpaan bersama ahli-ahli PDAM daripada 3,500 stesen minyak seluruh
negara diadakan bagi membincangkan dengan lebih terperinci hasil keputusan kerajaan mengapungkan dan
menetapkan harga produk petroleum secara mingguan.

Khairul Annuar ketika ditemui media selepas perjumpaan itu berkata, komisen pengusahaa
minyak adalah 12.19 sen untuk petrol dan 7 sen untuk diesel (seliter), namun tidak memperolehi
sepenuhnya kerana ada yang ditolak sebagai yuran lesen operator kepada syarikat minyak antara 75 sen
hingga 3 sen.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (Bumipeda), Datuk Abu Samah
Bachik berkata, pihaknya berharap agar kerajaan mempertimbangkan sebaik mungkin apa yang dituntut bagi
mengelakkan lebih banyak stesen minyak akan terjejas dan besar kemungkinan terpaksa menghentikan operasi.

Justeru itu, PDAM meminta kerajaan menaikkan kepada 15 sen setiap liter susulan kali terakhir kenaikan
itu dibuat adalah 10 tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply