Home Semasa Jenazah ketiga adik beradik lemas ditemui

Jenazah ketiga adik beradik lemas ditemui

by Air Times News Network

Dungun, 31 Dis – Mayat ketiga kanak-kanak perempuan yang lemas selepas dihanyutkan ombak besar di Pantai Sura Tengah disini ditemui hari ini selepas kedua adik beradiknya dijumpai awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, jenazah ketiga, Nurain Fatma, 10, ditemui penduduk kampung dalam jarak lima kilometer dari lokasi kejadian, pada 11.03 pagi.

“Kesemua jenazah tiga beradik itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. Sebaik selesai proses bedah siasat, kesemua jenazah itu akan dibawa pulang ke kampung neneknya di Rantau Panjang Kelantan untuk dikebumikan,” katanya lagi.

“Dengan penemuan kesemua mangsa, kita telah menutup Bilik Gerakan Operasi,” katanya.

Artikel Berkaitan: Lemas di Terengganu: Dua daripada tiga beradik ditemui – Bomba

Pagi tadi mayat Nurain Sufia Zawawi, 8, ditemui terapung pada pukul 7.38 dalam lingkungan 5km dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila, 6, dijumpai pada kira-kira pukul 9.40 pagi, iaitu kira-kira 1km dari tempat kejadian.

 

 

Related Articles

Leave a Reply