Home Semasa Insiden bom Narathiwat: Tiada rakyat Malaysia terlibat – Kementerian Luar

Insiden bom Narathiwat: Tiada rakyat Malaysia terlibat – Kementerian Luar

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 30 Dis – Kementerian Luar telah mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden tembak menembak dan letupan di beberapa kawasan di wilayah Narathiwat di daerah Ranget, Chanek, Sisakon dan Tak Bai, Thailand.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang sedang melawat atau menetap di Thailand untuk sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah dari aspek keselamatan pada setiap masa.

“Mereka juga digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok atau Konsulat Jeneral di Songkhla. Menerusi talian +66-2-629 6800 / +66-87-028 4659 (selepas waktu bekerja) manakala faksimili +66-2-679 2208 dan e-mel ialah, [email protected].

Media melaporkan, empat daerah di wilayah Narathiwat, selatan Thailand digegarkan dengan lapan letupan bom dan insiden tembak-menembak antara individu bersenjata dengan anggota pasukan keselamatan.

Letupan bom turut dilaporkan berlaku di daerah Sisakorn dan Takbai dan dilaporkan tiada sebarang kecederaan, tetapi empat pengguna jalanraya cedera ringan dalam satu lagi kejadian serangan bom di Kampung Sako Jumaat malam.

Sebelum ini, Pantai Samila di Songkhla yang terkenal dalam kalangan pelancong Malaysia dan luar negara, digegarkan dengan dua letupan bom, pada 26 Disember lalu

“Kementerian Luar ingin menasihati rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand atau mereka yang tinggal di Thailand supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga setiap masa,” kata kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply