Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM terbangkan bayi 31 hari untuk rawatan di IJN

TUDM terbangkan bayi 31 hari untuk rawatan di IJN

by Air Times News Network

SUBANG, 21 Nov – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini membuat penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia 31 hari dari Kuala Terengganu ke Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan ventilator serta rujukan pakar di Institut Jantung Negara (IJN).

TUDM dalam satu kenyataan hari ini berkata, bayi kepada Puan Zalaiha Mohd Ghani itu telah diterbangkan dengan menggunakan pesawat CN 235 daripada No. 1 Skuadron yang beroperasi di Pangkalan Udara Subang.

“Menjadi tanggungjawab TUDM di dalam memberikan komitmen serta kesungguhan yang tinggi bagi memenuhi keperluan kebajikan masyarakat seumpama ini”.

Penerbangan diketuai oleh Kapten Emy Hazrie Nor Azmi TUDM dan dibantu oleh Kapten Mohamed Hafizan Mos TUDM bersama lima orang anak kapal telah berlepas daripada Kuala Terengganu pada jam 8.00 pagi dan selamat mendarat pada jam 9.10 pagi di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Turut mengiringi pesakit adalah ibu kepada bayi tersebut Puan Zulaiha Mohd Ghani dan dua orang doktor, Dr Muhammad Hafiz Lutfi Yahya serta Dr Teng Cheah Herng.

 

Related Articles

Leave a Reply