Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat kerah tenaga bantu mencari pendaki hilang

Tentera Darat kerah tenaga bantu mencari pendaki hilang

by M.Daim

KUCHING, 23 Sept – Sepasukan anggota Tentera Darat Malaysia dari Batalion ke-10 Rejimen Sempadan (10 RS) telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari pendaki yg sesat di Gunung Singai, Bau.

Pasukan yang terdiri daripada 2 orang pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat telah terlibat dalam operasi tersebut semenjak 19 September lalu. Operasi berkenaan telah tamat setelah mangsa Stanley Kho, 22 tahun telah ditemui di dalam gaung berbatu di kaki gunung berkenaan kira-kira pada pukul 8.30 pagi.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Operasi menyelamat telah dilancarkan sejak Isnin lalu dan melibatkan hampir 300 orang anggota dari pelbagai agensi penyelamat selain penduduk kampung dan persatuan pendaki.

Menurut laporan akhbar tempatan, mangsa dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu bersendirian pada jam 8 pagi Isnin lalu dan laporan mengenainya dibuat pada jam 4.35 hari yang sama.

Galeri Gambar (klik untuk melihat dalam saiz besar)

Related Articles

Leave a Reply