Home Pertahanan dan Keselamatan Pengalaman bertempur menentang komunis tidak akan dilupakan – Mantan Panglima Tentera Darat

Pengalaman bertempur menentang komunis tidak akan dilupakan – Mantan Panglima Tentera Darat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pengalaman menentang pengganas komunis antara kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim sepanjang perkhidmatannya sebagai seorang anggota tentera.

Beliau telah menamatkan tanggungjawabnya sebagai Panglima Tentera Darat ke-26 bermula hari ini berkata, pertempuran dengan Pasukan Gerakan Komunis (PGK) pada akhir tahun 1981 itu berlaku di Bukit Berapit.

Panglima Tentera Darat ke-26, Jeneral Tan Sri Hj Zulkiple bin Hj Kassim mula bersara pada hari ini.

Pertempuran di Bukit Berapit – 21 Disember 1981

“Mereka (PGK) telah menyerang Kompeni B, 6 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) melalui jalan raya Betong/Keruh,” kata Jeneral Tan Sri Zulkiple.

Pada malam 21 Disember 1981, kira-kira pada pukul 8.40 malam, PGK dari 1st Combat Company Communist Party Malaya berkekuatan 40 ke 50 orang telah berjaya menyusup masuk melalui jalan raya Betong/Keruh. Serangan oleh PGK berlangsung selama 13 malam sehingga 3 Januari 1982 dengan pertempuran pada 22 dan 23 Disember 1981 adalah yang paling sengit.

Kompeni B, 6 RAMD telah bertindak mempertahankan kedudukan dan menyerang balas dengan bantuan tembakan daripada mortar dan artileri. Pada ketika itu, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim yang berpangkat Leftenan telah memimpin Platun 5 telah membalas tembakan musuh terhadap kedudukan hadapan Platun 5.

Dalam pertempuran tersebut, 7 anggota kompeni B telah cedera. Sementara itu, 16 orang anggota PGK telah berjaya ditembak mati dengan 4 orang daripadanya telah ditemui dalam kebun getah berdekatan pada keesokan harinya.

14 orang pengganas lagi ditemui tanpa kepala di kebun getah Kampung Kapaek Perenggan, Betong.

Gerakan Paksi Indera Siri 2/83

Jeneral Tan Sri Zulkiple turut terlibat dalam atur gerak memusnahkan elemen pengganas komunis di KTJ Raub dan bentong yang bermula pada 1 Mac sehingga 30 April 1986. Sebagai Ketua Kompeni, operasi ini merupakan pengalaman pertama beliau untuk mengetuai kompeni dalam operasi hutan.

Ini terutamanya hutan negeri Pahang seringkali diancam oleh Unit Penggempur Keenam PGK yang diketuai oleh Chong Chor.

Pada ketika itu, beliau berpangkat Kapten dan menggalas sebagai Ketua Kompeni di 12 RAMD selama setahun dan empat bulan sebelum dinaikkan pangkat ke pangkat Mejar pada Sepmteber 1987.

Berkhidmat sebagai anggota tentera selama 42 tahun

Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai anggota tentera, beliau turut memegang pelbagai jawatan yang penting termasuklah menjadi Penolong Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para) dan Pegawai Memerintah 17 RAMD (Para) pada tahun 1994.

Beliau turut diberikan kepercayaan untuk menjadi Pembantu Ketenteraan kepada Menteri Pertahanan pada tahun 1998 sebelum menjadi Pegawai Memerintah 10 RAMD di Johor pada tahun 2000.

Jeneral Tan Sri Zulkiple kemudiannya menjadi Pengarah Infantri pada tahun 2001 dan Panglima 4 Briged (Mekanize) pada tahun 2003.

Pada tahun 2005, beliau telah menjadi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran dan kemudiannya memegan amanah sebagai Panglima 4 Divisyen pada tahun 2007.

Pada tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai Panglima Medan Barat Tentera Darat pada tahun 2011.

16 Disember 2016, beliau telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat Jeneral dan menjawat jawatan sebagai Panglima tentera Darat ke-26.

Jeneral Tan Sri Zulkiple bersua dengan anggota tentera yang hadir ke Majlis Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat ke-26 di Kem Perdana, Sungai Besi pada pagi tadi.
Upacara Street Lining turut diadakan di Kem Perdana Sungai Besi bersempena persaraan Panglima Tentera Darat ke-26 setelah berkhidmat 42 tahun sebagai anggota tentera.
Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim mempunyai pengalaman tersendiri termasuklah pengalaman tempur pada era Insurgensi.
Curah keringat beliau selama 42 tahun sebagai anggota tentera dan 2 tahun sebagai Panglima Tentera Darat sewajarnya diingati oleh segenap lapisan masyarakat.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply