Home SemasaGlobal Ketua Da’esh seru pengikut untuk terus menyerang

Ketua Da’esh seru pengikut untuk terus menyerang

by M.Daim

KAHERAH, 23 Ogos – Ketua kumpulan Da’esh, Abu Bakar al-Baghdadi buat pertama kalinya muncul selepas setahun menghilangkan diri. Beliau menyampaikan pesanan dalam berbentuk audio kepada pengikutnya melalui media yang dipercayai milik Da’esh.

Reuters melaporkan bahawa, Abu Bakar menyeru para pengikut Da’esh untuk terus melakukan serangan dan mengucapkan tahniah kepada pengikutnya yang melakukan beberapa serangan di Kanada dan Eropah. Malah, beliau menuntut pengikutnya untuk menggunakan apa sahaja untuk melakukan serangan.

Ucapan yang dipercayai bersempena Hari Raya Aidiladha tersebut, beliau turut yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada Da’esh walaupun kumpulan tersebut mula hilang cengkaman di Syria dan Iraq.

Selain daripada itu, beliau turut menyeru para pengikut Da’esh untuk menumbangkan kerajaan Arab Saudi, Bahrain dan Jordan.

Walaupun beberapa kali dilaporkan telah terbunuh, rakaman suara tersebut menunjukkan bahawa Abu Bakar masih lagi hidup dan berjaya menyembunyikan diri.

Akan tetapi, salah seorang anak lelaki Abu Bakar telah dilaporkan terbunuh di Homs, Syria pada awal 2018 dan perkara tersebut dinyatakan oleh agensi media milik Da’esh.

Related Articles

Leave a Reply