Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Panglima Tentera Laut jamin ambil tindakan tegas jika ada unsur jenayah

Panglima Tentera Laut jamin ambil tindakan tegas jika ada unsur jenayah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Jul – Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit sekiranya siasatan mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Pegawai Kadet Graduan (PKG), J. Soosaimanicckam, ketika menjalani latihan di KD Sultan Idris, Lumut pada 19 Mei lalu.

Ahmad Kamarulzaman menegaskan, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam isu ini.

Panglima Tentera Laut menyaksikan majlis serah terima tugas Timbalan Panglima Laut, Laksamana Madya, Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany yang menggantikan Laksamana Muda Datuk Khairuddin Khalid.

“Tapi buat masa ini kita beri ruang kepada pihak penguat kuasa untuk melakukan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya, Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany yang menggantikan Laksamana Muda Datuk Khairuddin Khalid yang memangku jawatan itu sebelum ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan Kementerian Pertahanan sudah mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu.

Semalam, keluarga mendiang Soosaimanicckam, 27, menuntut agar siasatan secara telus dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Selain itu, pihak TLDM juga turut diminta untuk menjelaskan sebab mengarahkan mendiang untuk meneruskan latihan ketenteraan meskipun dia sudah memaklumkan kepada pegawai penyelianya tentang keadaan kesihatan diri yang tidak mengizinkan untuk meneruskan latihan.

Related Articles

Leave a Reply