Home Pertahanan dan Keselamatan Penambahbaikan perlu bagi pesawat TUDM

Penambahbaikan perlu bagi pesawat TUDM

by Noor Sheila Amin

SUBANG, 5 Julai – Pesawat yang berusia dalam lingkungan 20 hingga lebih 40 tahun perlu dilakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk memastikan keupayaan dan keselamatannya berada pada tahap terbaik.

Menurut Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata pesawat Sikorsky S-61A-4 (Nuri) dan Hercules C-130 (Charlie) milik TUDM, masih berkeupayaan untuk digunakan dalam jangka masa kira-kira 15 tahun lagi.

“Jika kita dapat pesawat baharu lagi bagus, tetapi apabila berlaku kekangan kewangan terhadap pembelian aset baharu, alternatif untuk menggunakan aset sedia ada perlu kita sediakan”,katanya.

Beliau yang ditemui pada sidang media selepas Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-60 di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

Perbarisan yang melibatkan 27 Pegawai dan 609 anggota lain-lain pangkat (LLP) diketuai oleh Ketua Perbarisan, Kol Wan Azwari bin Wan Ali TUDM.

 

Perbarisan pada kali ini juga turut disertai dengan terbang lintas hormat (First Salute) dari pesawat-pesawat helikopter TUDM iaitu 2 buah pesawat Nuri dan sebuah pesawat EC725 dan persembahan oleh anggota PASKAU yang membuat demonstrasi menyelamat tebusan, persembahan Pancaragam TUDM nyanyian dan drumline serta persembahan Tim Gimnastik daripada Akademi Tentera Udara (ATU) Ipoh.

Turut disampaikan pada majlis itu adalah Sijil Kepujian Panglima Tentera Udara dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS).

 

Related Articles

Leave a Reply