Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Udara Diraja Malaysia tetap siaga pada Hari Lebaran

Tentera Udara Diraja Malaysia tetap siaga pada Hari Lebaran

by M.Daim

TAWAU, 7 Jun – Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab, Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan tinjauan di Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) di Tawau, Sabah. Dalam tinjauan tersebut, beliau telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama pegawai dan anggota TUDM yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di kawasan operasi tersebut.

Beliau turut menyampaikan bungkusan beg sumbangan dari Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengandungi beberapa barang keperluan makanan dan kelengkapan diri. Semua pegawai dan anggota berkenaan juga turut menerima duit raya hasil sumbangan menerusi Tabung Kebajikan TUDM.

Sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan TUDM ke atas pengorbanan warganya yang terpaksa berkorban
untuk tidak pulang menyambut Hari Raya bersama keluarga di kampung halaman.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terus komited menggalas tugas dan tanggungjawab mengawasi ruang udara negara pada setiap masa tanpa mengira waktu dan keadaan.

Dalam sidang media, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib menyatakan TUDM melalui PBOU akan menjami keselamatan perairan dan udara negara. Pada masa yang sama, jet-jet pejuang yang ditempatkan di Labuan terus bersiap sedia pada bila-bila masa sepanjang hari raya.

Menyentuh isu helikopter tempur, Panglima Operasi Udara menyatakan bahawa kerajaan sebelum ini telah menjanjikan penempatan hjelikopter tempur di di Lahad Datu dan dioperasikan oleh Tentera Darat Malaysia. Namun begitu, beliau turut menyatakan bahawa keputusan untuk menempatkan helikopter tersebut sama ada diteruskan atau tidak oleh kerajaan pada hari ini.

Pada ketika ini, TUDM telah menempatkan sebuah helikopter di Tawau dan operasi jet-jet pejuang ditempatkan di Labuan.

Kira-kira 44 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat TUDM akan bertugas di PBOU Aidilfitri kali ini bagi melaksanakan pemantauan ruang udara serta menyokong keperluan operasi sekiranya terdapat laporan ancaman daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2).

Pegawai serta anggota PBOU yang diraikan adalah terdiri dari staf operasi, bantuan operasi, Pasukan Khas TUDM (PASKAU) dan anak kapal helikopter Nuri. Penyampaian bungkusan Hari Raya kepada pegawai dan anggota PBOU  ini juga merupakan acara yang dilaksanakan pada setiap tahun.

Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) berperanan untuk melaksanakan misi Search & Rescue (SAR) di kawasan operasi serta memberi respon kepada keperluan operasi dari ESSCOM dan ATB 2. Ia merupakan sebuah pangkalan hadapan untuk menyokong operasi udara di persekitaran kawasan Negeri Sabah.

Bagi mendokong peranan ini, TUDM telah menempatkan aset udara dari No 7 Skuadron iaitu pesawat helikopter
Sikorsky S-61A-4 Nuri bagi melaksanakan tugas operasi udara mengikut keperluan semasa.  Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Shabre bin Hj Hussein.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!