Home Pertahanan dan Keselamatan Pemangku Raja Pahang hadir majlis buka puasa Rejimen 505 AW

Pemangku Raja Pahang hadir majlis buka puasa Rejimen 505 AW

by Nurulhuda

PEKAN, 18 Mei – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama-sama warga Rejimen 505 Askar Wataniah, di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah Sungai Miang malam tadi.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda juga turut menyampaikan sumbangan kepada 150 orang penerima dari kalangan warga tentera serta anak-anak mereka yang mempunyai masalah kesihatan, pada majlis yang dihadiri seramai lebih kurang 600 anggota Kem itu.

Sumbangan barangan berupa kuih raya dan keperluan harian sebagai persediaan menyambut Aidilfitri, serta wang tunai, juga turut disampaikan kepada warga tentera yang mempunyai anak-anak melebihi lima orang, dan sumbangan kepada masyarakat setempat khususnya penduduk sekitar Sungai Miang.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Panglima 4 Briged Mekanize Brigedier Jeneral Datuk Md Din Abu, Timbalan Komander Rejimen 505 Askar Wataniah Leftenan Kolonel Azrul Syamsul Sahak serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad.

Related Articles

Leave a Reply