BRUSSELS, 26 April – Kesatuan Eropah (EU) akan melanjutkan tempoh embargo senjata terhadap Myanmar selama setahun lagi, minggu ini dan dijangka akan menyasarkan lebih ramai jeneral negara itu dengan sekatan baru, kata diplomat dan pegawai (EU).
EU menuduh Myanmar melanggar hak asasi manusia dalam alam operasi ketenteraan sistematik di barat laut negara itu, tahun lalu sehingga menyebabkan hampir 700,000 etnik Muslim Rohingya melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh.
Embargo senjata EU ke atas Myanmar, ketika ini dijangka berakhir sehingga hujung April dan beberapa diplomat serta pegawai berkata, tempoh itu akan dilanjutkan selama setahun lagi, sebelum tarikh sekatan terdahulu tamat.
Mereka berkata, sekatan juga akan diperluaskan terhadap latihan kepada tentera Myanmar yang sudah cukup terhad, ketika ini. – Reuters